Saturday, March 20, 2021

PENGENALAN PSIKOLINGUISTIK

 APAKAH MAKSUD PSIKOLINGUISTIK? 


Psikolinguistik adalah kajian dari aspek mental bahasa dan pertuturan. hal ini berkait rapat dengan cara-cara dimana bahasa diwakili dan diproses di otak manusia. Psikolinguistik terdiri daripada dua perkataan iaitu psikologi dan linguistik. Psikologi sering didefinisikan sebagai ilmu yang mempelajari tingkah laku manusia. Manakala Linguistik pula adalah bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik. Menurut Aitchison (1978) “Psikolinguistik” boleh ditakrifkan sebagai kajian tentang bahasa dan jiwa manusia. Menurut beliau juga, terdapat tiga perkara penting yang berkaitan dengan psikolinguistik iaitu masalah pemerolehan, hubungan antara pengetahuan bahasa dan penggunaan bahasa serta menghasilkan dan memahami setiap tuturan.



BERAPAKAH CABANG-CABANG PSIKOLINGUISTIK?

Psikolinguistik mempunyai 7 cabang dan ianya terdiri daripada;

1- Psikolinguistik Teoritis

2-Psikolinguistik Perkembangan

3-Psikolinguistik Sosial

4-Psikolinguistik Pendidikan

5-Neuropsikolinguistik

6-Psikolinguistik Eksperimental

7-Psikolinguistik Terapan

KECELARUAN BAHASA : DISLEKSIA

  KECELARUAN BAHASA : DISLEKSIA ➰ KECELARUAN BAHASA ➰ 🔆Umumnya kita ketahui, setiap kanak-kanak yang dilahirkan adalah berbeza dalam fasa a...