KECELARUAN BAHASA : DISLEKSIA
➰KECELARUAN BAHASA➰
🔆Umumnya kita ketahui, setiap kanak-kanak yang dilahirkan adalah berbeza dalam fasa atau tahap perkembangan mereka. Ada yang lebih cepat dan ada yang lewat sedikit dalam tahap perkembangan dan pembelajaran. Menurut Owen (2004), Kecelaruan bahasa adalah merujuk kepada kesukaran kanak- kanak itu dalam pemahaman dan kemahiran dalam pembelajaran seperti pertuturan, penulisan serta ejaan. Kecelaruan Bahasa ataupun Disleksia ini bukanlah kecatatan otak, tetapi ianya salah satu keunikan individu tersebut. Ramai masyarakat diluar sana menyifatkan Disleksia itu merupakan salah satu penyakit Autisme. Sedangkan ianya tidak sama sekali berbeza. Autisme merupakan sejenis penyakit yang melibatkan komunikasi dan tingkah laku yang tidak normal mengikut tahap perkembangan mereka manakala, Disleksia hanya melibatkan masalah kanak-kanak dalam pembelajaran sahaja dan mereka mempunyai pemikiran yang normal seperti kanak-kanak yang lain dan amat tidak wajar dilabel sebagai kanak-kanak lembab atau lambat kerana mereka ini boleh dibantu dengan cara -cara yang tertentu.
💦APA ITU DISLEKSIA ❓❓
Disleksia adalah
berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘ dyslexia’. Dimana dys yang membawa
maksud ‘kesukaran’ manakala ‘ lexis pula bermaksud ‘bahasa’. Secara umumnya,
disleksia adalah bermaksud ‘ kesukaran dalam berbahasa’. Disleksia ini bukanlah
sesuatu jenis penyakit, namun, disleksia ini ganguan yang dialami oleh
sesetengah kanak-kanak dalam pembelajaran dalam fasa perkembangan mereka.
Kebiasaannya, kanak-kanak disleksia ini akan mengalami gangguan membaca,
menulis, mengeja. Dan juga mengira walaupun mereka mempunyai pemikiran yang
normal.
Takrif yang
dikemukakan oleh World Federation of
Neorology adalah mendefinisikan bahawa disleksia adalah sebagai satu
gangguan dalam diri kanak-kanak yang telah menerima Pendidikan biasa, tetapi
tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan mengeja yang setaraf
dengan intelek.
Seterusnya, menurut
Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM), murid yang mengalami masalah
pembelajaran ( disleksia ) ialah murid yang mempunyai kecerdasan mental yang
searas atau melebihi murid-murid yang biasa namun mereka mempunyai kesukaran
atau kelemahan yang tinggi dalam dalam pembelajaran seperti kemahiran mengeja,
menulis, dan juga membaca.
💠Terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia. Antaranya ialah;
🔆 Diskakulia (Dyscaculia) ➔ seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan
🔆 Disgrafia (Dysgraphia) ➜ seseorang disleksia yang bermasalah dalam bahasa
🔆 Dispraksia (Dyspraxia) ➜ seseorang disleksia yang bermasalah dalam koodinasi mota mata tangan
BAGAIMANA CARA MENGENAL KANAK-KANAK PENGHIDAP DISLEKSIA❓❔
💭 Kebiasaannya,
kanak-kanak yang mengalami disleksia ini tidak menunjukkan gejala atau
ciri-ciri yang ketara sewaktu mereka masih kecil. Kebanyakkan gejala disleksia
ini dapat dikenalpasti apabila mereka sudah memasuki alam persekolahan. Oleh
itu, gejala ini dapat dikesan oleh para guru apabila menyedari bahawa anak
muridnya telah mempunyai masalah dalam pembelajara. Di mana kanak-kanak
tersebut lemah dalam kemahiran menulis, membaca dan juga mengira semasa sesi
pembelajaran di sekolah.
💦Antara ciri-ciri kanak-kanak mengalami disleksia ialah;
✅ Kanak-kanak bercakap lambat
✅ Sukar mengingat huruf, nombor, bentuk atau warna
✅ Lambat belajar perkataan baharu
✅ Tidak memiliki kemahiran membaca seiring usia mereka
✅ Sukar membezakan perbezaan atau persamaan antara nombor, huruf abjad atau perkataan. Misalnya, sering membaca perkataan dengan terbalik seperti “ was” menjadi “saw”, abjad “b” dibaca “d” dan juga nombor “21” menjadi “12” dan lain-lain lagi
✅ Kesukaran menjawab soalan atau membina suatu ayat ketika diminta menjawab soalan yang diajukan
✅ Mengambil masa yang lama dalam menyiapkan tugasan yang melibatkan menulis atau membaca
✅ Sukar untuk merumuskan sesuatu cerita
✅ Sering hilang barang atau terlupa kerja sekolah
✅ Sukar mengingati hari dan masa kerana keliru dengan konsep semalam, hari ini dan esok
✅ Mengalami masalah koordinasi dimana mereka sukar mengikat tali kasut dan sukar meniti di atas titian
✅ Sering
mengelak aktiviti yang berkaitan dengan membaca, misalnya disuruh membaca di
dalam kelas
➰MASALAH DISLEKSIA➰
• Masalah Fonologi
📌Pengekodan fonologi adalah merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf dengan bunyi.
📌Sebagai contoh, kanak-kanak disleksia ini akan mengalami kesukaran dalam membezakan antara perkataan ‘paku’ dengan ‘pasu’.
📌Kanak-kanak disleksia ini juga akan mengalami kesukaran untuk ‘mendengar’ rima akhir yang sama antara perkataan. Misalnya, disuruh mengeja perkataan ‘diam’, namun mereka akan mengeja ‘diyam’. Hal ini berlaku demikian kerana mereka akan mengeja berdasarkan bunyi.
📌Secara tuntasnya, golongan disleksia ini mempunyai masalah dengan membezakan huruf a, d dan g kerana bentuknya hamper sama walaupun cara menyebutnya adalah berbeza.
• Masalah mengingat perkataan
📌Seperti yang kita tahu, kanak-kanak disleksia merupakan kanak-kanak yang normal. Sesetengah daripada mereka memiliki IQ yang normal seperti kanak-kanak biasa dan sebahagian lagi daripada mereka memiliki kecerdasan yang luar biasa. Namun begitu, mereka mempunyai masalah dalam mencari semula perkataan
📌Misalnya, jika guru bertanyakan kepada mereka tentang apa yang dipelajari oleh mereka dalam pembelajaran yang lepas, namun mereka tidak akan dapat mengingati tentang apa yang dipelajari oleh mereka pada masa lepas.
📌Hal ini demikan kerana, mereka hanya dapat mengingati perkara yang lepas hanyalah lebih kurang 10 minit selepas kejadian.
📌Selain itu juga, jika diajukan beberapa soalan oleh guru mereka, mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut secara spontan.
📌Banyakkan daripada mereka juga sering mengalami kesukaran untuk mengingati nama-nama kawannya dan ada juga yang tidak mengingati nama ahli keluarganya sendiri.
• Masalah penyusunan bersiri
📌Kebanyakan masalah kanak-kanak yang menghidapi disleksia adalah masalah di mana mereka sukar dalam mengingati maklumat secara tersusun.
📌Misalnya, menghafal sifir-sifir
📌Konsep Darab merupakan salah satu yang paling mencabar bagi kanak-kanak disleksia. Hal ini kerana mereka memerlukan memori yang baik bagi mengingati asas nombor dan urutannya.
📌Kebiasaan kesilapan oleh kanak-kanak tersebut adalah terlupa kedudukan nombor, tertinggal sesetengah perkataan dan sebagainya.
📌Selain itu, kanak-kanak disleksia juga sering mempunyai masalah dalam mengingati susunan peristiwa.
📌Oleh sebab itu, mereka sukar untuk bercerita tentang apa-apa kejadian yang berlaku.
➰FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB DISLEKSIA➰
· Keturunan
🔰 Faktor genetik merupakan faktor utama penyebab disleksia yang cenderung terjadi dalam keluarga secara turun-temurun
🔰 Kebiasaannya, jika salah seorang daripada ahli keluarganya mengidap disleksia, maka keberangkalian ahli keuarga yang lain juga aberpotensi akan mengalami disleksia
🔰 Selain daripada keturunan keluarga, gejala disleksia ini juga disebabkan oleh kelahiran bayi yang pramatang dan berat badan bayi yang rendah
🔰 Disleksia juga cenderung pada keluarga yang mempunyai anggota kidal
· Pemakanan
🔰 Pengambilan makanan yang tidak mencukupi semasa peringkat kanak-kanak membesar dengan pesat
🔰 Sebagai contoh, kanak-kanak pada tahun pertama dan remaja yang sedang mengalami pertumbuhan pada kadar yang pesat mestilah mendapat bekalan kalori yang mencukupi
🔰 Bagi mengelakkan berlakunya pertumbuhan yang terencat yang akan menyebabkan disleksia
🔰 Terdapat beberapa unsur penyedap makanan, bahan awet dan pewarna tiruan yang dikenal pasti menjadi penggangu otak jika diambil secara berlebihan terutama kepada kanak-kanak yang mengalami proses pertumbuhan
🔰 Antara penggangu otak ialah salicylates, tartrazine, (zat pewarna makanan), nitrat, amine, ragi, laktosa dan banyak lagi.
· Biologi
🔰 Sejarah kanak-kanak yang mengalami disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan, mereka tidak cukup bulan atau dikenali sebagai bayi pramatang, kekurangan oksigen, atau kelahiran yang amat sukar.
🔰 Faktor-faktor yang sebegini menjadi punca seseorang kanak itu menghidapi disleksia di mana mereka mengalami masalah dalam pembelajaran
🔰 Menurut Profesor Dr. Azhar Md Zain, berdasarkan kajian, kerosakan otak yang dialami oleh golongan disleksia berkemungkinan terbentuk sejak mereka dalam kandungan ibu mereka lagi
BIBLIOGRAFI
Norul Haida (2013). Ilmu Psikolinguistik. Emeritus
Publications Official Store
M. Simantunjak. (1987). Pengantar Psikolingusitik Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
PEDADIDAKTIKA: JURNAL ILMIAH PENDIDIKAN GURU SEKOLAH DASAR (2020). Pengenalan Anak Pengidap Disleksia. Diperoleh https://ejournal.upi.edu/index.php/pedadidaktika/article/download/25035/12212#:~:text=Dardjowidjojo%20mengemukakan%20pula%20(dalam%20Soeisniwati,namun%20penyebab%20utama%20adalah%20otak.
Soeisniwati Lidwina (2012, Oktober). Disleksia Berpengaruh Pada Kemampuan Membaca dan Menulis. Diperolehi melalui
https://media.neliti.com/media/publications/132465-ID-disleksia-berpengaruh-pada-kemampuan-mem.pdf
Disleksia: Fahami dan kesan dari awal - Pakar. (2019, August 13). Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/595588/disleksia-fahami-dan-kesan-dari-awal-pakar
No comments:
Post a Comment