Monday, May 17, 2021

PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA ; APA PERBEZAAN PEMEROLEHAN BAHASA PERTAAMA DAN BAHASA KEDUA??

 PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

Menurut anda apa perbezaan pemerolehan bahasa pertama dengan pemerolehan bahasa kedua? Adakah ianya konsep yang sama atau sebaliknya? Dalam topik sebelum ini saya telah mengulaskan beberapa tentang pemerolehan bahasa pertama, jadi, untuk merungkai dan menjawab persoalan anda tentang perbezaannya, topik pada kali ini saya akan mengupaskan beberapa perkara mengenai pemerolehan bahasa kedua yang perlu anda ketahui dan supaya anda dapat fahami dengan jelas apa itu pemerolehan bahasa pertama dan kedua.

             


  • Pertama sekali, lazimnya kita mengetahui bahawa penguasaan bahasa pertama itu adalah berlaku secara semula jadi dimana sejak kita masih kecil lagi. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) ;

“pemerolehan bahasa pertama itu adalah dengan cara ‘memperoleh’ dan bukannya melalui proses pembelajaran. Kanak-kanak hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda mereka sahaja dan secara tidak langsung seseorang kanak-kanak itu akan dapat menguasainya sendiri ”. Hal ini kerana mereka terdedah dengan orang yang berada di sekelilingnya yang sentiasa berinteraksi atau berkomunikasi dengannya.

Namun begitu, tahukah anda? pemerolehan bahasa pertama ini amat berbeza dengan proses pemerolehan bahasa kedua. Hal ini kerana, menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) lagi, definisi bahasa kedua adalah “ bahasa yang kedua dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh”. Menurut beliau juga, “ bahasa kedua ini adalah bahasa bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan yang tertentu”.                                                    

                                                                                                  



๐Ÿ’ฆPERBEZAAN CARA PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

 DAN BAHASA KEDUA






KAEDAH MEMPEROLEHI/ MENGUASAI BAHASA KEDUA

Pemerolehan bahasa kedua diperoleh apabila seseorang itu telah mantap menguasai bahasa pertama. Bahasa kedua ini boleh dipelajari di mana-mana peringkat umur tetapi orang dewasa lebih sukar untuk mempelajari bahasa kedua berbanding kanak-kanak. Terdapat banyak kebaikan jika seseorang memperoleh bahasa kedua dan banyak kaedah untuk mempelajari bahasa kedua ini. Menurut Noor Aina Dani (2017)  beberapa kaedah untuk mengajar bahasa kedua ini adalah;


1) ๐Ÿ”†Kaedah Tradisional 
  • Yang mana kaedah ini merupakan terjemahan terus daripada bahasa pertama kepada bahasa kedua dan juga merupakan kuliah tatabahasa dalam bahasa pertama. 

2) ๐Ÿ”†Kaedah Audio Lingua
  • Iaitu tumpuan kepada belajar bertutur dan mendengar. 

3) ๐Ÿ”†Kaedah Terus 
  • Semua pengajaran dijalankan dalam bahasa kedua dengan penekanan terhadap kemahiran perbualan.

4) ๐Ÿ”†Kaedah Rendaman 
  • Pelajar diajar dengan hanya menggunakan bahasa kedua dalam satu latar sosial atau negara asing. 



๐Ÿ”ฐFAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA๐Ÿ”ฐ

Menurut Abdullah Hassan (1987), antara tujuan utama sesetengah individu mempelajari atau menguasai bahasa kedua adalah kerana mereka hidup secara berkelompok di mana  mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa kaum. Hal yang demikian telah menyebabkan mereka perlu mempelajari bahasa yang lain selain bahasa ibunda mereka bagi memudahkan sebarang komunikasi. Misalnya, seseorang yang baru tiba dalam suatu kolompok masyarakat itu dianggap asing. Namun, jika individu tersebut telah menguasai bahasa masyarakat itu, dia tidak akan berasa tersisih mahupun terasing apabila berada dalam kolompok tersebut.
Justeru itu, untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor dan tujuan yang tertentu bagi seseorang itu memperolehi atau mempelajari bahasa kedua.



๐Ÿ’ฆAntaranya ialah;

  •   Tuntutan pekerjaan
  •   Menjamin masa depan yang kukuh terutamanya ketika bersaing dalam dunia        kerjaya
  •   Berpendapat bahawa bahasa kedua dapat memperkukuh kedudukannya dalam       masyarakat itu sendiri
  •   Bahasa kedua merupakan bahasa majoriti dalam negara berkenaan
  •   Pertuturan dengan sesuatu kaum yang terpaksa menggunakan bahasa kedua
  •   Sikap pelajar tersebut itu sendiri yang sedar akan kepentingan dan keperluan bahasa kedua
  •   Mengenali sastera dan budaya bangsa lain
  •   Tuntutan akademik atau sebagai latihan kognitif
  •   Pengaruh ibu bapa di rumah yang banyak menggunakan bahasa kedua dalam         berkomunikasi 
  •   Kepentingan bahasa tersebut dalam Pendidikan dan perhubungan



KESIMPULAN

Bahasa pertama dan bahasa kedua ini saling berkait kerana untuk memperoleh bahasa kedua dengan baik maka seseorang itu perlu memperoleh bahasa pertamanya dahulu secara normal. Bahasa pertama ini akan diperoleh oleh kanak-kanak secara berperingkat. Bagi pemerolehan bahasa kedua pula, bahasa kedua ini kebanyakkannya akan diperoleh oleh orang dewasa tetapi ada juga kanak-kanak yang memperoleh bahasa kedua ini lebih baik berbanding orang dewasa kerana pengaruh nuorologi otak. Bagi pemerolehan bahasa kedua ini lebih baik dipelajari pada peringkat umur sebelum baligh kerana terdapat banyak kebaikkan mempelajari bahasa kedua ini dan terdapat juga pelbagai cara untuk mengajarkan bahasa kedua ini. Selain itu, terdapat pelbagai teori yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa kedua ini yang menunjukkan perkaitan antara pemerolehan bahasa pertama dan bahasa kedua tersebut. oleh itu, pemerolehan bahasa pertama boleh dikuasai oleh setiap orang dan setiap peringkat umur tetapi memerlukan usaha yang gigih dan pembelajaran yang berterusan dan juga dorongan daripada orang sekeliling.





BIBLIOGRAFI


Park Jin Ryeo (2019). Pemerolehan Bahasa Kedua (Bahasa Indonesia) Pada Anak  Usia 2 Tahun, Ksatra: Jurnal Kajian Bahasa dan Sastra, Vol. 1,16- 21. Diperoleh daripada https://core.ac.uk/download/pdf/230816374.pdf

Norul Haida (2013). Ilmu Psikolinguistik. Emeritus Publications Official Store

Zulkifley Hamid (1990, Januari).  Hipotesis Nurani dan Pemerolehan Bahasa Pertama. Akademika 36, 125-138. Diperolehi melalui

https://ejournal.ukm.my/akademika/article/viewFile/3611/2105

 MP Syaprizal (2019). Proses Pemerolehan Bahasa Pada Anak. Diperoleh https://ejournal.uniks.ac.id/index.php/Alhikmah/article/download/213/162.

Zuraini Ramli (2018, November). Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Diperolehi melalui

https://www.researchgate.net/profile/Zuraini-Ramli/publication/344899130_Zuraini_Ramli_-_Pengajaran_Bahasa_Melayu_Sebagai_Bahasa_Kedua/links/5f97f0b9299bf1b53e4994e4/Zuraini-Ramli-Pengajaran-Bahasa-Melayu-Sebagai-Bahasa-Kedua.pdf?origin=publication_detail








No comments:

Post a Comment

KECELARUAN BAHASA : DISLEKSIA

  KECELARUAN BAHASA : DISLEKSIA ➰ KECELARUAN BAHASA ➰ ๐Ÿ”†Umumnya kita ketahui, setiap kanak-kanak yang dilahirkan adalah berbeza dalam fasa a...