Sunday, May 16, 2021

APA ITU PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA ??

 

 

APA ITU PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA ??




Bahasa adalah merupakan salah satu medium untuk manusia berkomunikasi antara manusia yang lain dengan mengeluarkan bunyi-bunyi melalui penggunaan alat artikulasi bagi menghasilkan sesuatu ujaran yang mampu difahami. Berbahasa juga merupakan proses mengeluarkan apa yang difikirkan dan perasaan secara lisan, kata-kata dan juga ayat. Namun, tahukah anda? bahawa setiap manusia yang lahir didunia pada awalnya hanya mempunyai satu bahasa sahaja. Selain itu, pernahkah anda terfikir atau timbul beberapa persoalan di minda anda mengenai mengapakah kanak-kanak bercakap? Atau mengapakah ibu bapa bercakap dengan kanak-kanak? Dan juga bagaimanakah seseorang kanak-kanak itu memperoleh bahasa ?. Bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut, saya akan menghuraikan dan membincangkan beberapa topik tentang mengenai pemerolehan bahasa pertama ini dengan lebih terperinci.

Pemerolehan bahasa merupakan sebuah proses yang sangat panjang iaitu dimulai sejak seseorang kanak-kanak itu belum mengenal sebuah bahasa sehinggalah mereka fasih berbahasa. Penguasaan sebuah bahasa oleh seseorang kanak-kanak adalah dimulakan dengan perolehan bahasa pertama. Pemerolehan bahasa pertama ini merupakan proses penguasaan bahasa yang dilakukan oleh bayi atau kanak-kanak secara semulajadi ketika mereka berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang-orang yang berada di sekeliling meraka. Misalnya, ibu bapa, adik-beradik, saudara mara dan sebagainya. Oleh itu, dengan kata lain, pemerolehan bahasa adalah proses bagaimana seseorang dapat berbahasa atauproses kanak-kanak pada umumnya memperoleh bahasa pertama.

 

·        Terdapat pelbagai teori berkaitan dengan pemerolehan bahasa yang telah dikemukakan. Antaranya adalah;

 

💦 Teori Behavioris ~menyatakan pembelajaran bahasa melalui proses pengulangan yang melibatkan rangsangan serta gerak balas

 💦Teori mentalis ~ Kajian tentang fikiran dan peranan mental dalam pemerolehan bahasa.

  💦Teori interaksional  ~  menyatakan pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik



1)Teori behavioris oleh B.F. Skinner


  • Teori ini telah menyatakan bahawa kemahiran berbahasa itu diperoleh dari persekitaran dan melalui proses pengulangan bahasa. Pendapat golongan dalam teori ini amat mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Sebagai contoh, menekankan latihan, latih tubi serta kemahiran lisan dalam pengajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kemahiran lisan merupakan aspek yang paling penting daripada kemahiran menulis dan kemahiran menulis merupakan kemahiran kedua terpenting.

  • Hal ini bermakna, sebagai pendekatan induktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru haruslah berusaha bagi membolehkan pelajar bertutur dalam sesuatu bahasa itu terlebih dahulu maka barulah beralih kepada pengajaran membaca dan menulis. Dengan kata lain, pengajaran perlulah bermula dengan pola yang mudah dan barulah fokus kepada yang lebih sukar. Hal ini dapat membantu dan memudahkan pelajar dalam memahami sesuatu perkara.

Menurut Burrhus F. Skinner, manusia adalah secara semulajadi lahir dengan keupayaan berbahasa. Menurut beliau juga, pembelajaran bahasa kanak-kanak boleh  berlaku ketika orang sekeliling mereka misalnya ibu bapa dan ahli keluarga mengajar kanak-kanak itu bercakap dan mengajuk mereka dengan menyebut perkataan-perkataan tertentu dan juga memberi galakan seperti memberi pujian ‘Pandai’, menepuk tangan dan sebagainya untuk tujuan memberi rangsangan kepada kanak-kanak yang berjaya meniru percakapan dan perlakuan yang diajar oleh ibu bapa mereka.

 

 

 

2)Teori mentalis oleh Noam Chomsky

·        Dalam teori ini telah menganggap bahawa pemerolehan bahasa itu merupakan satu proses mental. Dimana seseorang itu mempunyai kecekapan, iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental dan juga prestasi dalam aspek penggunaan bahasa oleh penutur adalah berdasarkan kecekapan.


Noam Choamsky

·    Menurut Noam Chomsky, setiap kanak-kanak adalah dilahirkan dengan keupayaan Language Acquisition Device (LAD). LAD ini adalah merupakan alat pemerolehan bahasa. Fungsi utama alat pemerolehan bahasa ini adalah untuk memperincikan struktur bahasa yang diterima oleh kanak- kanak. kanak- kanak juga mendengar bahasa yang ada di persekitaran mereka. Dimana mereka akan mendengar, menganalisis,, menbentuk konsep dan rumus tatabahasa dan kemudiannya, mereka akan membentuk sesuatu ayat. Menurut beliau juga, kanak- kanak akan mula bertutur dalam bahasa pertama mereka adalah ketika mereka berumur 18 bulan.

       Selain itu, teori ini menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak- kanak itu. Justeru itu, dalam pembelajaran bahasa, ianya akan diajar secara berperingat mengikut kemahiran dan kemampuan mereka. Seterusnya, teori ini juga menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri. Dimana seseorang pelajar itu berpeluang untuk mempelajari sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, tahap kognitif dan juga kebolehan mereka itu sendiri.





3)Teori  interaksionalis oleh Halliday


   Halliday

·     Teori adalah menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak itu melibatkan interaksi bahasa dan juga proses mental. Pemerolehan bahasa akan berlaku apabila adanya interaksi di antara orang-orang sekeliling. Hal ini dikatakan demikian kerana, kanak-kanak akan cepat dan mudah menguasai makna yang tepat apabila mereka sering berinteraksi. Teori ini ialah lebih memberi penekanan dalam membina keyakinan dalam berkomunikasi idea atau makna.

·        Menurut pandangan ahli interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat.

·        Selain itu juga, teori ini memandang pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi serta proses yang melibatkan mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan serta makna yang dimaksudkan adalah saling berhubung kait. Oleh sebab itu, interaksionalis ini mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan struktur bahasa.





💦Peringkat pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak

   Pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak telah bermula sejak bayi lagi melalui perlakuan mereka dan juga kecekapan pancaindera, pendengaran, pertuturan dan sebagainya. Dengan itu, terdapat beberapa peringkat bagi membolehkan kanak-kanak menguasai sesuatu bahasa.


·       📌 Peringkat Vokalis (bebelan)

  • 🔆 Bayi berusia sejak lahir hingga 10 bulan
  • 🔆 Dalam peringkat ini, bayi akan melahirkan bunyi-bunyi yang semula jadi iaitu linguistik nurani dan sebagai latihan dan kawalan alat artikulasi bagi menyelaraskan pernafasannya.
  • 🔆 Pada peringkat ini juga, bayi akan kerap membebel (mengeluarkan bunyi-bunyi vokal) ketika berada bersendirian berbanding ada orang disekelilingnya.
  • 🔆 contoh bunyi bukan bahasa yang dapat dibunyikan oleh bayi ialah:

ee….eee….uu…uuu….aa….aaa…oo…ooo



·      📌Peringkat Pertuturan satu kata (Holofrasa)

  • 🔆 Bayi berusia dari 10 bulan hingga 18 bulan
  • 🔆 Pada usia di lingkungan ini, kanak-kanak akan mula menuturkan satu kata sahaja untuk menyampaikan sesuatu.
  • 🔆 Pertuturan ini akan bermula dengan suku kata pertama dan berulang. Dan kemudiannya, beransur-ansur maju kepada suku kata tunggal yang berlainan atau berupaya mencantumkan beberapa suku kata.

  • 🔆 Contohnya ialah ; 
        ma-ma.., ba-ba.., pa-pa.., ta-ta…

 

 

·     📌 Peringkat Pertuturan dua dan tiga kata (Telegrafik)

  • 🔆 Bayi berusia dari 18 bulan hingga 4 tahun.
  • 🔆 Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mampu atau berupaya menghasilkan kata-kata yang membentuk ayat pendeK
  • 🔆 Tetapi mereka belum menguasai kata fungsi dengan teratur dan tidak menggunakan imbuhan.
  •  🔆 Contoh pertuturannya ialah;
        nak makan..., ibu mana...., adik nak ikut dan lain-lain lagi

 

·     📌Peringkat perkembangan ayat kompleks

  •  🔆 Kanak-kanak yang berusia 5 hingga 12 tahun
  • 🔆 Pada peringkat ini, kanak-kanak akan menggunakan ayat pertuturan yang lebih Panjang dan kompleks

  •  🔆 Pada umur 9 atau 10 tahun keatas, kanak-kanak memperoleh struktur bahasa pertama pada tahap pra-olahan
  • 🔆 Namun, pada peringkat kanak-kanak berusia dalam 11 hingga hingga 12 tahun, mereka sudah boleh bertutur dengan menggunakan ayat yang lebih kompleks
  • 🔆 Seterusnya, setelah mencapai umur melebihi 12 tahun dan keatas, kanak-kanak telah mencapai olahan formal iaitu memperoleh struktur bahasa orang dewasa.

 



 

Bibliografi


Norul Haida (2013). Ilmu Psikolinguistik. Emeritus Publications Official Store

Zulkifley Hamid (1990, Januari).  Hipotesis Nurani dan Pemerolehan Bahasa Pertama. Akademika 36, 125-138. Diperolehi melalui

https://ejournal.ukm.my/akademika/article/viewFile/3611/2105

Han,J.(2009).psikolinguistik.Scribd. https://www.scribd.com/doc/11959433/psikolinguistik

 Paralinguistik dalam Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak. (2006). PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK.Published. http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/tay06.pdf

 Wikipedia contributors. (2020, June 5). Pemerolehan bahasa. Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pemerolehan_bahasa

 

No comments:

Post a Comment

KECELARUAN BAHASA : DISLEKSIA

  KECELARUAN BAHASA : DISLEKSIA ➰ KECELARUAN BAHASA ➰ 🔆Umumnya kita ketahui, setiap kanak-kanak yang dilahirkan adalah berbeza dalam fasa a...