Monday, May 17, 2021

KECELARUAN BAHASA : DISLEKSIA

 

KECELARUAN BAHASA : DISLEKSIA



KECELARUAN BAHASA

πŸ”†Umumnya kita ketahui, setiap kanak-kanak yang dilahirkan adalah berbeza dalam fasa atau tahap perkembangan mereka. Ada yang lebih cepat dan ada yang lewat sedikit dalam tahap perkembangan dan pembelajaran. Menurut Owen (2004), Kecelaruan bahasa adalah merujuk kepada kesukaran kanak- kanak itu dalam pemahaman dan kemahiran dalam pembelajaran seperti pertuturan, penulisan serta ejaan. Kecelaruan Bahasa ataupun Disleksia ini bukanlah kecatatan otak, tetapi ianya salah satu keunikan individu tersebut. Ramai masyarakat diluar sana menyifatkan Disleksia itu merupakan salah satu penyakit Autisme. Sedangkan ianya tidak sama sekali berbeza. Autisme merupakan sejenis penyakit yang melibatkan komunikasi dan tingkah laku yang tidak normal mengikut tahap perkembangan mereka manakala, Disleksia hanya melibatkan masalah kanak-kanak dalam pembelajaran sahaja dan mereka mempunyai pemikiran yang normal seperti kanak-kanak yang lain dan amat tidak wajar dilabel sebagai kanak-kanak lembab atau lambat kerana mereka ini boleh dibantu dengan cara -cara yang tertentu.



πŸ’¦APA ITU DISLEKSIA ❓❓

Disleksia adalah berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘ dyslexia’. Dimana dys yang membawa maksud ‘kesukaran’ manakala ‘ lexis pula bermaksud ‘bahasa’. Secara umumnya, disleksia adalah bermaksud ‘ kesukaran dalam berbahasa’. Disleksia ini bukanlah sesuatu jenis penyakit, namun, disleksia ini ganguan yang dialami oleh sesetengah kanak-kanak dalam pembelajaran dalam fasa perkembangan mereka. Kebiasaannya, kanak-kanak disleksia ini akan mengalami gangguan membaca, menulis, mengeja. Dan juga mengira walaupun mereka mempunyai pemikiran yang normal.

Takrif yang dikemukakan oleh World Federation of Neorology adalah mendefinisikan bahawa disleksia adalah sebagai satu gangguan dalam diri kanak-kanak yang telah menerima Pendidikan biasa, tetapi tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan mengeja yang setaraf dengan intelek.

Seterusnya, menurut Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM), murid yang mengalami masalah pembelajaran ( disleksia ) ialah murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid yang biasa namun mereka mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam dalam pembelajaran seperti kemahiran mengeja, menulis, dan juga membaca.


πŸ’ Terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia. Antaranya ialah;


πŸ”†    Diskakulia (Dyscaculia) ➔ seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan

 πŸ”†  Disgrafia (Dysgraphia) seseorang disleksia yang bermasalah dalam bahasa

  πŸ”†    Dispraksia (Dyspraxia) seseorang disleksia yang bermasalah dalam  koodinasi mota mata tangan





BAGAIMANA CARA MENGENAL KANAK-KANAK PENGHIDAP DISLEKSIA❓❔

πŸ’­ Kebiasaannya, kanak-kanak yang mengalami disleksia ini tidak menunjukkan gejala atau ciri-ciri yang ketara sewaktu mereka masih kecil. Kebanyakkan gejala disleksia ini dapat dikenalpasti apabila mereka sudah memasuki alam persekolahan. Oleh itu, gejala ini dapat dikesan oleh para guru apabila menyedari bahawa anak muridnya telah mempunyai masalah dalam pembelajara. Di mana kanak-kanak tersebut lemah dalam kemahiran menulis, membaca dan juga mengira semasa sesi pembelajaran di sekolah.


πŸ’¦Antara ciri-ciri kanak-kanak mengalami disleksia ialah;


    ✅ Kanak-kanak bercakap lambat

    ✅ Sukar mengingat huruf, nombor, bentuk atau warna

    ✅ Lambat belajar perkataan baharu

   ✅ Tidak memiliki kemahiran      membaca seiring usia mereka

  ✅ Sukar membezakan perbezaan atau persamaan antara nombor, huruf abjad atau perkataan. Misalnya, sering membaca perkataan dengan terbalik seperti “ was” menjadi “saw”, abjad “b” dibaca “d” dan juga nombor “21” menjadi “12” dan lain-lain lagi

  ✅ Kesukaran menjawab soalan atau membina suatu ayat ketika diminta menjawab soalan yang diajukan

    ✅ Mengambil masa yang lama dalam menyiapkan tugasan yang melibatkan menulis atau membaca

    ✅ Sukar untuk merumuskan sesuatu cerita

    ✅ Sering hilang barang atau terlupa kerja sekolah

    ✅ Sukar mengingati hari dan masa kerana keliru dengan konsep semalam, hari ini dan esok

    ✅ Mengalami masalah koordinasi dimana mereka sukar mengikat tali kasut dan sukar meniti di atas titian

    ✅ Sering mengelak aktiviti yang berkaitan dengan membaca, misalnya disuruh membaca di dalam kelas





➰MASALAH DISLEKSIA➰


Masalah  Fonologi

πŸ“ŒPengekodan fonologi adalah merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf dengan bunyi.

πŸ“ŒSebagai contoh, kanak-kanak disleksia ini akan mengalami kesukaran dalam membezakan antara perkataan ‘paku’ dengan ‘pasu’.  

πŸ“ŒKanak-kanak disleksia ini juga akan mengalami kesukaran untuk ‘mendengar’ rima akhir yang sama antara perkataan. Misalnya, disuruh mengeja perkataan ‘diam’, namun mereka akan mengeja ‘diyam’. Hal ini berlaku demikian kerana mereka akan mengeja berdasarkan bunyi.

πŸ“ŒSecara tuntasnya, golongan disleksia ini mempunyai masalah dengan  membezakan huruf a, d dan g kerana bentuknya hamper sama walaupun cara menyebutnya adalah berbeza.




Masalah mengingat perkataan

πŸ“ŒSeperti yang kita tahu, kanak-kanak disleksia merupakan kanak-kanak yang normal. Sesetengah daripada mereka memiliki IQ yang normal seperti kanak-kanak biasa dan sebahagian lagi daripada mereka memiliki kecerdasan yang luar biasa. Namun begitu, mereka mempunyai masalah dalam mencari semula perkataan

πŸ“ŒMisalnya, jika guru bertanyakan kepada mereka tentang apa yang dipelajari oleh mereka dalam pembelajaran yang lepas, namun mereka tidak akan dapat mengingati tentang apa yang dipelajari oleh mereka pada masa lepas. 

πŸ“ŒHal ini demikan kerana, mereka hanya dapat mengingati perkara yang lepas hanyalah lebih kurang 10 minit selepas kejadian.

πŸ“ŒSelain itu juga, jika diajukan beberapa soalan oleh guru mereka, mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut secara spontan.

πŸ“ŒBanyakkan daripada mereka juga sering mengalami kesukaran untuk mengingati nama-nama kawannya dan ada juga yang tidak mengingati nama ahli keluarganya sendiri.





Masalah penyusunan bersiri

πŸ“ŒKebanyakan masalah kanak-kanak yang menghidapi disleksia adalah masalah di mana mereka sukar dalam mengingati maklumat secara tersusun.

πŸ“ŒMisalnya, menghafal sifir-sifir

πŸ“ŒKonsep Darab merupakan salah satu yang paling mencabar bagi kanak-kanak disleksia. Hal ini kerana mereka memerlukan memori yang baik bagi mengingati asas nombor dan urutannya.

πŸ“ŒKebiasaan kesilapan oleh kanak-kanak tersebut adalah terlupa kedudukan nombor, tertinggal sesetengah perkataan dan sebagainya.

πŸ“ŒSelain itu, kanak-kanak disleksia juga sering mempunyai masalah dalam mengingati susunan peristiwa.

πŸ“ŒOleh sebab itu, mereka sukar untuk bercerita tentang apa-apa kejadian yang berlaku.




FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB DISLEKSIA➰

 

                        ·        Keturunan                       

πŸ”° Faktor genetik merupakan faktor utama penyebab disleksia yang cenderung terjadi dalam keluarga secara turun-temurun

πŸ”°  Kebiasaannya, jika salah seorang daripada ahli keluarganya mengidap disleksia, maka keberangkalian ahli keuarga yang lain juga aberpotensi akan mengalami disleksia

πŸ”° Selain daripada keturunan keluarga, gejala disleksia ini juga disebabkan oleh kelahiran bayi yang pramatang dan berat badan bayi yang rendah

πŸ”° Disleksia juga cenderung pada keluarga yang mempunyai anggota kidal

 

                    ·        Pemakanan                    

 πŸ”° Pengambilan makanan yang tidak mencukupi semasa peringkat kanak-kanak membesar dengan pesat

πŸ”° Sebagai contoh, kanak-kanak pada tahun pertama dan remaja yang sedang mengalami pertumbuhan pada kadar yang pesat mestilah mendapat bekalan kalori yang mencukupi

πŸ”° Bagi mengelakkan berlakunya pertumbuhan yang terencat yang akan menyebabkan disleksia

πŸ”°  Terdapat beberapa unsur penyedap makanan, bahan awet dan pewarna tiruan yang dikenal pasti menjadi penggangu otak jika diambil secara berlebihan terutama kepada kanak-kanak yang mengalami proses pertumbuhan

πŸ”° Antara penggangu otak ialah salicylates, tartrazine, (zat pewarna makanan), nitrat, amine, ragi, laktosa dan banyak lagi.

 

                         ·        Biologi                          

πŸ”° Sejarah kanak-kanak yang mengalami disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan, mereka tidak cukup bulan atau dikenali sebagai bayi pramatang, kekurangan oksigen, atau kelahiran yang amat sukar.

πŸ”° Faktor-faktor yang sebegini menjadi punca seseorang kanak itu menghidapi disleksia di mana mereka mengalami masalah dalam pembelajaran

πŸ”° Menurut Profesor Dr. Azhar Md Zain, berdasarkan kajian, kerosakan otak yang dialami oleh golongan disleksia berkemungkinan terbentuk sejak mereka dalam kandungan ibu mereka lagi

 



 

BIBLIOGRAFI 

Norul Haida (2013). Ilmu Psikolinguistik. Emeritus Publications Official Store

M. Simantunjak. (1987). Pengantar Psikolingusitik Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 

PEDADIDAKTIKA: JURNAL ILMIAH PENDIDIKAN GURU SEKOLAH DASAR (2020). Pengenalan Anak Pengidap Disleksia. Diperoleh  https://ejournal.upi.edu/index.php/pedadidaktika/article/download/25035/12212#:~:text=Dardjowidjojo%20mengemukakan%20pula%20(dalam%20Soeisniwati,namun%20penyebab%20utama%20adalah%20otak.

Soeisniwati Lidwina (2012, Oktober). Disleksia Berpengaruh Pada Kemampuan Membaca dan Menulis. Diperolehi melalui

https://media.neliti.com/media/publications/132465-ID-disleksia-berpengaruh-pada-kemampuan-mem.pdf

Disleksia: Fahami dan kesan dari awal - Pakar. (2019, August 13). Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/595588/disleksia-fahami-dan-kesan-dari-awal-pakar

 

 


 

PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA ; APA PERBEZAAN PEMEROLEHAN BAHASA PERTAAMA DAN BAHASA KEDUA??

 PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

Menurut anda apa perbezaan pemerolehan bahasa pertama dengan pemerolehan bahasa kedua? Adakah ianya konsep yang sama atau sebaliknya? Dalam topik sebelum ini saya telah mengulaskan beberapa tentang pemerolehan bahasa pertama, jadi, untuk merungkai dan menjawab persoalan anda tentang perbezaannya, topik pada kali ini saya akan mengupaskan beberapa perkara mengenai pemerolehan bahasa kedua yang perlu anda ketahui dan supaya anda dapat fahami dengan jelas apa itu pemerolehan bahasa pertama dan kedua.

             


  • Pertama sekali, lazimnya kita mengetahui bahawa penguasaan bahasa pertama itu adalah berlaku secara semula jadi dimana sejak kita masih kecil lagi. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) ;

“pemerolehan bahasa pertama itu adalah dengan cara ‘memperoleh’ dan bukannya melalui proses pembelajaran. Kanak-kanak hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda mereka sahaja dan secara tidak langsung seseorang kanak-kanak itu akan dapat menguasainya sendiri ”. Hal ini kerana mereka terdedah dengan orang yang berada di sekelilingnya yang sentiasa berinteraksi atau berkomunikasi dengannya.

Namun begitu, tahukah anda? pemerolehan bahasa pertama ini amat berbeza dengan proses pemerolehan bahasa kedua. Hal ini kerana, menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) lagi, definisi bahasa kedua adalah “ bahasa yang kedua dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh”. Menurut beliau juga, “ bahasa kedua ini adalah bahasa bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan yang tertentu”.                                                    

                                                                                                  



πŸ’¦PERBEZAAN CARA PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

 DAN BAHASA KEDUA






KAEDAH MEMPEROLEHI/ MENGUASAI BAHASA KEDUA

Pemerolehan bahasa kedua diperoleh apabila seseorang itu telah mantap menguasai bahasa pertama. Bahasa kedua ini boleh dipelajari di mana-mana peringkat umur tetapi orang dewasa lebih sukar untuk mempelajari bahasa kedua berbanding kanak-kanak. Terdapat banyak kebaikan jika seseorang memperoleh bahasa kedua dan banyak kaedah untuk mempelajari bahasa kedua ini. Menurut Noor Aina Dani (2017)  beberapa kaedah untuk mengajar bahasa kedua ini adalah;


1) πŸ”†Kaedah Tradisional 
  • Yang mana kaedah ini merupakan terjemahan terus daripada bahasa pertama kepada bahasa kedua dan juga merupakan kuliah tatabahasa dalam bahasa pertama. 

2) πŸ”†Kaedah Audio Lingua
  • Iaitu tumpuan kepada belajar bertutur dan mendengar. 

3) πŸ”†Kaedah Terus 
  • Semua pengajaran dijalankan dalam bahasa kedua dengan penekanan terhadap kemahiran perbualan.

4) πŸ”†Kaedah Rendaman 
  • Pelajar diajar dengan hanya menggunakan bahasa kedua dalam satu latar sosial atau negara asing. 



πŸ”°FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA KEDUAπŸ”°

Menurut Abdullah Hassan (1987), antara tujuan utama sesetengah individu mempelajari atau menguasai bahasa kedua adalah kerana mereka hidup secara berkelompok di mana  mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa kaum. Hal yang demikian telah menyebabkan mereka perlu mempelajari bahasa yang lain selain bahasa ibunda mereka bagi memudahkan sebarang komunikasi. Misalnya, seseorang yang baru tiba dalam suatu kolompok masyarakat itu dianggap asing. Namun, jika individu tersebut telah menguasai bahasa masyarakat itu, dia tidak akan berasa tersisih mahupun terasing apabila berada dalam kolompok tersebut.
Justeru itu, untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor dan tujuan yang tertentu bagi seseorang itu memperolehi atau mempelajari bahasa kedua.



πŸ’¦Antaranya ialah;

  •   Tuntutan pekerjaan
  •   Menjamin masa depan yang kukuh terutamanya ketika bersaing dalam dunia        kerjaya
  •   Berpendapat bahawa bahasa kedua dapat memperkukuh kedudukannya dalam       masyarakat itu sendiri
  •   Bahasa kedua merupakan bahasa majoriti dalam negara berkenaan
  •   Pertuturan dengan sesuatu kaum yang terpaksa menggunakan bahasa kedua
  •   Sikap pelajar tersebut itu sendiri yang sedar akan kepentingan dan keperluan bahasa kedua
  •   Mengenali sastera dan budaya bangsa lain
  •   Tuntutan akademik atau sebagai latihan kognitif
  •   Pengaruh ibu bapa di rumah yang banyak menggunakan bahasa kedua dalam         berkomunikasi 
  •   Kepentingan bahasa tersebut dalam Pendidikan dan perhubungan



KESIMPULAN

Bahasa pertama dan bahasa kedua ini saling berkait kerana untuk memperoleh bahasa kedua dengan baik maka seseorang itu perlu memperoleh bahasa pertamanya dahulu secara normal. Bahasa pertama ini akan diperoleh oleh kanak-kanak secara berperingkat. Bagi pemerolehan bahasa kedua pula, bahasa kedua ini kebanyakkannya akan diperoleh oleh orang dewasa tetapi ada juga kanak-kanak yang memperoleh bahasa kedua ini lebih baik berbanding orang dewasa kerana pengaruh nuorologi otak. Bagi pemerolehan bahasa kedua ini lebih baik dipelajari pada peringkat umur sebelum baligh kerana terdapat banyak kebaikkan mempelajari bahasa kedua ini dan terdapat juga pelbagai cara untuk mengajarkan bahasa kedua ini. Selain itu, terdapat pelbagai teori yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa kedua ini yang menunjukkan perkaitan antara pemerolehan bahasa pertama dan bahasa kedua tersebut. oleh itu, pemerolehan bahasa pertama boleh dikuasai oleh setiap orang dan setiap peringkat umur tetapi memerlukan usaha yang gigih dan pembelajaran yang berterusan dan juga dorongan daripada orang sekeliling.





BIBLIOGRAFI


Park Jin Ryeo (2019). Pemerolehan Bahasa Kedua (Bahasa Indonesia) Pada Anak  Usia 2 Tahun, Ksatra: Jurnal Kajian Bahasa dan Sastra, Vol. 1,16- 21. Diperoleh daripada https://core.ac.uk/download/pdf/230816374.pdf

Norul Haida (2013). Ilmu Psikolinguistik. Emeritus Publications Official Store

Zulkifley Hamid (1990, Januari).  Hipotesis Nurani dan Pemerolehan Bahasa Pertama. Akademika 36, 125-138. Diperolehi melalui

https://ejournal.ukm.my/akademika/article/viewFile/3611/2105

 MP Syaprizal (2019). Proses Pemerolehan Bahasa Pada Anak. Diperoleh https://ejournal.uniks.ac.id/index.php/Alhikmah/article/download/213/162.

Zuraini Ramli (2018, November). Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Diperolehi melalui

https://www.researchgate.net/profile/Zuraini-Ramli/publication/344899130_Zuraini_Ramli_-_Pengajaran_Bahasa_Melayu_Sebagai_Bahasa_Kedua/links/5f97f0b9299bf1b53e4994e4/Zuraini-Ramli-Pengajaran-Bahasa-Melayu-Sebagai-Bahasa-Kedua.pdf?origin=publication_detail








Sunday, May 16, 2021

APA ITU PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA ??

 

 

APA ITU PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA ??




Bahasa adalah merupakan salah satu medium untuk manusia berkomunikasi antara manusia yang lain dengan mengeluarkan bunyi-bunyi melalui penggunaan alat artikulasi bagi menghasilkan sesuatu ujaran yang mampu difahami. Berbahasa juga merupakan proses mengeluarkan apa yang difikirkan dan perasaan secara lisan, kata-kata dan juga ayat. Namun, tahukah anda? bahawa setiap manusia yang lahir didunia pada awalnya hanya mempunyai satu bahasa sahaja. Selain itu, pernahkah anda terfikir atau timbul beberapa persoalan di minda anda mengenai mengapakah kanak-kanak bercakap? Atau mengapakah ibu bapa bercakap dengan kanak-kanak? Dan juga bagaimanakah seseorang kanak-kanak itu memperoleh bahasa ?. Bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut, saya akan menghuraikan dan membincangkan beberapa topik tentang mengenai pemerolehan bahasa pertama ini dengan lebih terperinci.

Pemerolehan bahasa merupakan sebuah proses yang sangat panjang iaitu dimulai sejak seseorang kanak-kanak itu belum mengenal sebuah bahasa sehinggalah mereka fasih berbahasa. Penguasaan sebuah bahasa oleh seseorang kanak-kanak adalah dimulakan dengan perolehan bahasa pertama. Pemerolehan bahasa pertama ini merupakan proses penguasaan bahasa yang dilakukan oleh bayi atau kanak-kanak secara semulajadi ketika mereka berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang-orang yang berada di sekeliling meraka. Misalnya, ibu bapa, adik-beradik, saudara mara dan sebagainya. Oleh itu, dengan kata lain, pemerolehan bahasa adalah proses bagaimana seseorang dapat berbahasa atauproses kanak-kanak pada umumnya memperoleh bahasa pertama.

 

·        Terdapat pelbagai teori berkaitan dengan pemerolehan bahasa yang telah dikemukakan. Antaranya adalah;

 

πŸ’¦ Teori Behavioris ~menyatakan pembelajaran bahasa melalui proses pengulangan yang melibatkan rangsangan serta gerak balas

 πŸ’¦Teori mentalis ~ Kajian tentang fikiran dan peranan mental dalam pemerolehan bahasa.

  πŸ’¦Teori interaksional  ~  menyatakan pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik



1)Teori behavioris oleh B.F. Skinner


  • Teori ini telah menyatakan bahawa kemahiran berbahasa itu diperoleh dari persekitaran dan melalui proses pengulangan bahasa. Pendapat golongan dalam teori ini amat mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Sebagai contoh, menekankan latihan, latih tubi serta kemahiran lisan dalam pengajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kemahiran lisan merupakan aspek yang paling penting daripada kemahiran menulis dan kemahiran menulis merupakan kemahiran kedua terpenting.

  • Hal ini bermakna, sebagai pendekatan induktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru haruslah berusaha bagi membolehkan pelajar bertutur dalam sesuatu bahasa itu terlebih dahulu maka barulah beralih kepada pengajaran membaca dan menulis. Dengan kata lain, pengajaran perlulah bermula dengan pola yang mudah dan barulah fokus kepada yang lebih sukar. Hal ini dapat membantu dan memudahkan pelajar dalam memahami sesuatu perkara.

Menurut Burrhus F. Skinner, manusia adalah secara semulajadi lahir dengan keupayaan berbahasa. Menurut beliau juga, pembelajaran bahasa kanak-kanak boleh  berlaku ketika orang sekeliling mereka misalnya ibu bapa dan ahli keluarga mengajar kanak-kanak itu bercakap dan mengajuk mereka dengan menyebut perkataan-perkataan tertentu dan juga memberi galakan seperti memberi pujian ‘Pandai’, menepuk tangan dan sebagainya untuk tujuan memberi rangsangan kepada kanak-kanak yang berjaya meniru percakapan dan perlakuan yang diajar oleh ibu bapa mereka.

 

 

 

2)Teori mentalis oleh Noam Chomsky

·        Dalam teori ini telah menganggap bahawa pemerolehan bahasa itu merupakan satu proses mental. Dimana seseorang itu mempunyai kecekapan, iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental dan juga prestasi dalam aspek penggunaan bahasa oleh penutur adalah berdasarkan kecekapan.


Noam Choamsky

·    Menurut Noam Chomsky, setiap kanak-kanak adalah dilahirkan dengan keupayaan Language Acquisition Device (LAD). LAD ini adalah merupakan alat pemerolehan bahasa. Fungsi utama alat pemerolehan bahasa ini adalah untuk memperincikan struktur bahasa yang diterima oleh kanak- kanak. kanak- kanak juga mendengar bahasa yang ada di persekitaran mereka. Dimana mereka akan mendengar, menganalisis,, menbentuk konsep dan rumus tatabahasa dan kemudiannya, mereka akan membentuk sesuatu ayat. Menurut beliau juga, kanak- kanak akan mula bertutur dalam bahasa pertama mereka adalah ketika mereka berumur 18 bulan.

       Selain itu, teori ini menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak- kanak itu. Justeru itu, dalam pembelajaran bahasa, ianya akan diajar secara berperingat mengikut kemahiran dan kemampuan mereka. Seterusnya, teori ini juga menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri. Dimana seseorang pelajar itu berpeluang untuk mempelajari sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, tahap kognitif dan juga kebolehan mereka itu sendiri.





3)Teori  interaksionalis oleh Halliday


   Halliday

·     Teori adalah menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak itu melibatkan interaksi bahasa dan juga proses mental. Pemerolehan bahasa akan berlaku apabila adanya interaksi di antara orang-orang sekeliling. Hal ini dikatakan demikian kerana, kanak-kanak akan cepat dan mudah menguasai makna yang tepat apabila mereka sering berinteraksi. Teori ini ialah lebih memberi penekanan dalam membina keyakinan dalam berkomunikasi idea atau makna.

·        Menurut pandangan ahli interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat.

·        Selain itu juga, teori ini memandang pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi serta proses yang melibatkan mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan serta makna yang dimaksudkan adalah saling berhubung kait. Oleh sebab itu, interaksionalis ini mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan struktur bahasa.





πŸ’¦Peringkat pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak

   Pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak telah bermula sejak bayi lagi melalui perlakuan mereka dan juga kecekapan pancaindera, pendengaran, pertuturan dan sebagainya. Dengan itu, terdapat beberapa peringkat bagi membolehkan kanak-kanak menguasai sesuatu bahasa.


·       πŸ“Œ Peringkat Vokalis (bebelan)

  • πŸ”† Bayi berusia sejak lahir hingga 10 bulan
  • πŸ”† Dalam peringkat ini, bayi akan melahirkan bunyi-bunyi yang semula jadi iaitu linguistik nurani dan sebagai latihan dan kawalan alat artikulasi bagi menyelaraskan pernafasannya.
  • πŸ”† Pada peringkat ini juga, bayi akan kerap membebel (mengeluarkan bunyi-bunyi vokal) ketika berada bersendirian berbanding ada orang disekelilingnya.
  • πŸ”† contoh bunyi bukan bahasa yang dapat dibunyikan oleh bayi ialah:

ee….eee….uu…uuu….aa….aaa…oo…ooo



·      πŸ“ŒPeringkat Pertuturan satu kata (Holofrasa)

  • πŸ”† Bayi berusia dari 10 bulan hingga 18 bulan
  • πŸ”† Pada usia di lingkungan ini, kanak-kanak akan mula menuturkan satu kata sahaja untuk menyampaikan sesuatu.
  • πŸ”† Pertuturan ini akan bermula dengan suku kata pertama dan berulang. Dan kemudiannya, beransur-ansur maju kepada suku kata tunggal yang berlainan atau berupaya mencantumkan beberapa suku kata.

  • πŸ”† Contohnya ialah ; 
        ma-ma.., ba-ba.., pa-pa.., ta-ta…

 

 

·     πŸ“Œ Peringkat Pertuturan dua dan tiga kata (Telegrafik)

  • πŸ”† Bayi berusia dari 18 bulan hingga 4 tahun.
  • πŸ”† Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mampu atau berupaya menghasilkan kata-kata yang membentuk ayat pendeK
  • πŸ”† Tetapi mereka belum menguasai kata fungsi dengan teratur dan tidak menggunakan imbuhan.
  •  πŸ”† Contoh pertuturannya ialah;
        nak makan..., ibu mana...., adik nak ikut dan lain-lain lagi

 

·     πŸ“ŒPeringkat perkembangan ayat kompleks

  •  πŸ”† Kanak-kanak yang berusia 5 hingga 12 tahun
  • πŸ”† Pada peringkat ini, kanak-kanak akan menggunakan ayat pertuturan yang lebih Panjang dan kompleks

  •  πŸ”† Pada umur 9 atau 10 tahun keatas, kanak-kanak memperoleh struktur bahasa pertama pada tahap pra-olahan
  • πŸ”† Namun, pada peringkat kanak-kanak berusia dalam 11 hingga hingga 12 tahun, mereka sudah boleh bertutur dengan menggunakan ayat yang lebih kompleks
  • πŸ”† Seterusnya, setelah mencapai umur melebihi 12 tahun dan keatas, kanak-kanak telah mencapai olahan formal iaitu memperoleh struktur bahasa orang dewasa.

 



 

Bibliografi


Norul Haida (2013). Ilmu Psikolinguistik. Emeritus Publications Official Store

Zulkifley Hamid (1990, Januari).  Hipotesis Nurani dan Pemerolehan Bahasa Pertama. Akademika 36, 125-138. Diperolehi melalui

https://ejournal.ukm.my/akademika/article/viewFile/3611/2105

Han,J.(2009).psikolinguistik.Scribd. https://www.scribd.com/doc/11959433/psikolinguistik

 Paralinguistik dalam Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak. (2006). PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK.Published. http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/tay06.pdf

 Wikipedia contributors. (2020, June 5). Pemerolehan bahasa. Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pemerolehan_bahasa

 

KECELARUAN BAHASA : DISLEKSIA

  KECELARUAN BAHASA : DISLEKSIA ➰ KECELARUAN BAHASA ➰ πŸ”†Umumnya kita ketahui, setiap kanak-kanak yang dilahirkan adalah berbeza dalam fasa a...